rwerwerwesdfsd #1 : Kenapa nak jual ? Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah tanyakan kepada owner sebab beliau ingin jual rumah tersebut. “Saya akan berpindah ke Bhutan, sebab tu nak jual rumah ni.” “Nak jual sebab nak guna duit tanggung kolej anak saya.” “Nak kahwin dan berpindah ke rumah mak mertua saya.” “Saya baru nak start band metal. Kena pindah rumah sebab jiran tak tahan bunyi jamming.” Kenapa anda perlu tahu sebab rumah dijual sebelum membelinya ? Sebab takut kalua-kalau kawasan itu sering berlaku kejadian jenayah seperti kecurian atau rompak. Atau mungkin ada gangguan makhluk halus di unit itu. Sebab itu anda perlu pastikan perkara ini supaya tidak menyesal di kemudian hari. Anda juga boleh perhatikan cara mereka (owner) menjawab soalan anda. Kalau penjual yang terdesak, biasanya akan jawab soalan dengan bersemangat (eager). Mungkin tanda-tanda ini adalah peluang anda untuk beli rumah pada harga below market value. #2 : Ada tak sebarang kerosakan? Seterusnya, pastikan apa kerosakan di unit tersebut sebelum anda membelinya. Anda boleh minta owner untuk senaraikan jenis-jenis kerosakan. Mungkin ada kerosakan yang anda boleh baiki sendiri dan boleh jimatkan wang. Atau jika yang memerlukan khidmat pakar, ia mungkin memakan kos sedikit. Anda boleh cuba berunding dengan owner untuk rendahkan harga jualan rumah. Daripada harga jualan rumah yang ditawarkan, tolak dengan kos baik pulih kerosakan. Jika harga yang anda minta itu munasabah, owner juga tidak akan teragak-agak untuk bersetuju merendahkan harga. #3 : Berapa harga yang berbaloi untuk anda bayar? Untuk ini, anda perlu cari tahu harga semasa jualan rumah di kawasan unit rumah yang anda ingin beli itu. Selalu ingat satu fakta ini. Tiada siapa pun selain valuer professional yang tahu tentang harga pasaran semasa sesebuah hartanah. Luangkan masa dan pergi sendiri ke JPPH atau bank valuer, dan minta rekod transaksi hartanah terkini daripada mereka. Dan ambil untuk tempoh paling kurang 6 bulan. Anda boleh gunakan data ni sebagai bukti kepada owner. Jadi, owner tak boleh suka-suka hati meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding market value semasa (over-priced).