PELABURAN HARTANAH CABANG PERNIAGAAN

Ramai beranggapan bahawa hartanah susah untuk di jadikan sebagai perniagaan dengan keuntungan yang lambat dan prospek yang terhad mengikut nilai rumah yang berbeza. Oleh itu, mereka takut untuk memulakan perniagaan dalam bidag hartanah. Anda perlu tahu bahawa nilai hartanah tidak menurun tetapi akan terus meningkat. Permulaan setiap yang anda lakukan menentukan peluang yang akan anda dapat pada masa hadapan. Strategi apa yang akan anda guna untuk mencapai matlamat dalam pelaburan ini.

Ini adalah strategi yang dapat menjana keuntungan.

1- KONSEP BELI DAN JUAL

2- KONSEP BELI, SIMPAN DAN JUAL

3- KONSEP BELI, BAIK PULIH, DAN JUAL BALIK

4- KONSEP BELI, SIMPAN, DAN DAPATKAN ALIRAN TUNAI POSITIF

 

#1 KONSEP BELI DAN JUAL

Cara ini adalah strategi yang selalu pelabur gunakan iaitu mencari hartanah dengan harga yang berpatutan (harga murah) kemudian jual semula hartanah dengan harga pasaran yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini adalah cara mudah untuk anda faham:

  • Cari rumah lelong yangmengikut bajet yang anda tetapkan kerana rumah lelong terkenal dengan jualan harga yang cukup rendah dan anda boleh menjualnya semula dengan harga semasa. Perlu di ingatkan jika anda ingin membeli hartanah lelong pastikan anda mempelajari dahulu ilmu tentang hartanah lelong (termasuk cara pengiraan CHKT) supaya anda tidak mengalami kerugian.
  • Selain itu, anda boleh membeli rumah yang sedang dalam pembinaan (underconstruction­). Kebiasaannya, pemaju akan jual pada harga bawah nilai pasaran. Anda beli dahulu, kemudian jual rumah bila sudah siap dibina dan dapat kunci rumah.

 

#2 KONSEP BELI, SIMPAN, DAN JUAL

Seperti sedia maklum harga tanah akan terus meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu, anda cari dan beli hartanah dengan harga semasa (atau bawah harga pasaran), dan simpan dalam jangka masa tertentu. Kemudian, jual balik hartanah tersebut untuk menjana keuntungan. Anda boleh gunakan strategi ini tetapi perlu buat kajian terlebih dahulu.

Sama ada hartanah yang anda beli ada potensi untuk naik harga ataupun tidak. Contohnya, akan ada ataupun tidak pembangunan baru (seperti LRT, MRT atau stesen pengangkutan awam yang lain) di kawasan tersebut. Ini adalah salah satu sebab sesebuah harga hartanah meningkat. Anda juga boleh belajar ilmu CHKT kerana ada cukai yang anda perlu bayar dalam tempoh jual balik hartanah yang dibeli.

 

bersambung..