5tips pulangan sewa

 

Terdapat banyak cara untuk membuat business dalam bidang hartanah ini. Salah satu caranya adalah dengan sublet rumah. Ikuti 5 tips berikut. Moga bermanfaat.

 

1. Cari Kawasan Yang Padat

Cari kawasan yang padat seperti berdekadan dengan universiti, berdekatan dengan kilang atau kawasan komersial.
.
Potensi untuk anda melakukan perniagaan sublet disini adalah lebih tinggi. Jangan buat sublet dikawasan yang suram kerana ia menyukarkan anda untuk mencari penyewa nanti.

 

2. Dapatkan Persetujuan Tuan Rumah

Ini adalah penting. Jangan buat sublet tanpa persetujuan tuan rumah. Nanti susah dan pastikan dalam agreement anda tertulis bahawa tuan rumah memberi kebenaran untuk anda sublet rumah.
.
Anda perlu meyakinkan tuan rumah bahawa anda akan menjaga rumah ini dengan elok. Lain lah jika ini adalah rumah anda sendiri.

 

3. Fully-furnish kan Rumah Dengan Minimalis

Kenapa minimalis? Anda perlu untuk fully-furnish kan rumah untuk mendapatkan rental return yang elok. Cuma anda furnishkan dengan parabot yang penting sahaja.
.
Jangan overfurnish kan rumah dengan pasu yang cantik, kipas yang mahal. Ini adalah kos perniagaan anda.
.
Lagi tinggi kos permulaan anda untuk fuly-furnishkan rumah anda, lagi rendah ROI anda nanti. Furnishkan rumah cukup-cukup untuk membuatkan penyewa selesa.
.
Penuhkan ruang rumah itu dengan perabot yang akan menambah nilai rental seperti katil double decker, meja study dan sebagainya.

 

4. Deposi 2 Bulan + 0.5 Utilities + Rental Agreement

Pastikan anda ambil duit deposit dari penyewa anda. JANGAN kurang dari yang telah dicadangkan. Duit ini akan membuatkan penyewa anda lebih berdisiplin.
.
Selain itu, duit ini juga yang anda akan gunakan untuk membaiki kerosakan selepas penyewa tamat kontrak.
.
Ingat, kita dalam perniagaan adalah untuk mencari makan, bukan menderma kepada penyewa yang tidak bertanggung jawab.
.
Jangan lupa buat rental agreement sekali. Nanti penyewa tidak membayar sewa, susah kita untuk buat tindakan kerana tidak ada agreement bertulis.

 

5. Sentiasa melakukan pemeriksaan berkala supaya kita boleh tahu masalah apa yang dihadapi penyewa seperti paip bocor, lampu rosak dan sebagainya. Kalau tidak nanti jatuh harga rental unit sublet anda.

Kredit: kakiproperty.com