#1 :  Rumah freehold lebih cepat naik harga berbanding leasehold

Hartanah freehold selalunya lebih popular dan mendapat permintaan (demand) yang lebih tinggi berikutan kurangnya kuantiti unit hartanah freehold di pasaran berbanding pasaran leasehold.

Tetapi, faktor lokasi yang baik tetap memainkan peranan yang lebih besar berbanding status hartanah.

Jika lokasi tersebut mendapat permintaan yang tinggi, bermakna hartanah leasehold itu tetap akan menikmati kenaikan nilai yang tinggi dan stabil saban tahun.

#2 : Proses pindah milik hartanah

Hartanah freehold lebih senang dipindah milik. Secara amnya, tiada kekangan yang dikenakan dalam proses penukaran hak milik bagi hartanah freehold.

Ini bererti, pemilik bebas menjual kepada mana-mana individu tanpa perlu melihat kepada status pemilikan bumiputera. Sebaliknya bagi hartanah leasehold, kebenaran pindah milik tertakluk kepada kebenaran (consent) kerajaan negeri.

 

Umumnya di Selangor, hartanah leasehold milik bumiputera tak boleh dipindah milik kepada pembeli bukan bumiputera (syarat tersirat).

Syarat tersirat ialah syarat yang tak dinyatakan oleh kerajaan negeri, di mana ia lebih kepada budi bicara.

#3 : Risiko beli hartanah leasehold

Hartanah leasehold yang berbaki tempoh pajakan kurang dari 50 tahun, agak sukar untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank.

Jika anda ingin beli hartanah dalam kes sebegini, minta kepada pemilik asal untuk memperbaharui premium pajakan kepada kerajaan negeri sebelum membuat pembelian.

#4 : Tempoh pindah milik hartanah leasehold

Tempoh pindah milik yang lebih lama diperlukan dalam kes penjualan hartanah leasehold. Ini kerana hartanah leasehold perlukan kebenaran (consent) daripada kerajaan negeri untuk dipindah milik.

Keseluruhan proses boleh mengambil masa antara 6 bulan hingga setahun, bergantung kepada jumlah aplikasi yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Kesannya, anda mungkin terpaksa menunggu lebih lama sebelum berpeluang berpindah ke rumah baru, berbanding pembeli yang memilih untuk membeli hartanah berstatus pegangan freehold.