rumahselangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata harga hartanah di negeri ini melonjak naik kerana permintaan tinggi daripada pembeli yang menjadikannya sebagai pelaburan.

Beliau juga menganggarkan harga rumah di Selangor akan terus meningkat pada masa akan datang disebabkan kewujudan pelabur hartanah itu.

Sehubungan itu kerajaan Selangor sedang mengkaji kaedah pembinaan rumah pasang siap mampu milik bagi membantu penduduk membeli rumah.

Menurutnya kerajaan negeri sedang meneliti kaedah pasang siap yang dilaksana di United Kingdom dan Australia bagi menyediakan rumah mampu milik pada harga RM150,000 seunit.

Mengulas perkara berkaitan, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor berjaya mengutip RM800 juta daripada hasil berkaitan tanah tahun lepas berbanding sekitar RM400 juta pada tahun-tahun sebelum ini.

Kutipan meningkat kerana penggunaan dan nilai tanah semakin meningkat di Selangor, katanya.

– BERNAMA