dream-land

 

Secara dasarnya, jenis pegangan tanah ada 3 iaitu freehold, leasehold dan tanah rizab Melayu. Apa yang membezakan ketiga-tiga jenis pegangan ini ?
.
.
.
1. Freehold
Tanah berstatus freehold adalah tanah yang menjadi kepunyaan anda selamanya kecuali jika anda menjualnya. Hak yang sama akan diberikan kepada pewaris anda.
.
Walaupun begitu, tanah ini boleh juga diambil oleh kerajaan untuk dibangunkan projek seperti lebuhraya dan sebagainya. Di bawah undang-undang negara, kerajaan berhak membeli hartanah itu dan pemiliknya akan diberikan pampasan mengikut harga pasaran.
.
.
2. Leasehold
Satu tempoh masa telah ditetapkan untuk anda memiliki tanah jenis ini. Kebiasaannya temph tersebut adalah sehingga 99 tahun.
.
Namun begitu, anda boleh memanjangkan tempoh jika tempoh yang ditetapkan telah hampir tamat. Untuk itu, sedikit cas yuran akan dikenakan.
.
.
3. Tanah rizab Melayu
Segala pembelian dan penukaran hak milik tanah ini adalah terhad kepada orang Melayu sahaja. Orang Melayu akan mendapat diskaun dan keistimewaannya jika mereka miliki hartanah ini.
.
Namun begitu, disebabkan hartanah ini terhad pemilikannya maka ‘capital appreciation’ nya lebih rendah berbanding hartanah lain yang tidak terhad pemilikannya.