Sambungan..

#3 KONSEP BELI, BAIK PULIH DAN JUAL BALIK

Strategi ini sesuai bagi membeli rumah lelong atau rumah bawah nilai pasaran. Kebanyakan rumah lelong dijual dengan harga murah kerana banyak kerosakan atau terbiar tidak terjaga dan juga akibat daripada faktor bencana alam. Anda boleh menjana keuntungan dengan membeli rumah lelong kemudian baik pulih dahulu kerosakan yang ada dan jual balik dengan harga yang lebih mahal. Konsep ini memerlukan jangka masa yang lama untuk di baik pulih dan jual semula.

 

#4 KONSEP BELI, SIMPAN, DAN DAPATKAN ALIRAN TUNAI POSITIF

Ini adalah strategi yang paling ramai pelabur gunakan dan boleh memberi keuntungan berganda untuk jangka masa panjang. Anda boleh membeli rumah lelong, kemudian sewakan. Sebelum anda menggunakan strategi ini, dinasihatkan supaya anda merangka dahulu pelan tindakan dan buat kajian tentang peningkatan harga hartanah di kawasan tersebut. Dengan ini, anda boleh jual hartanah tersebut pada masa yang sesuai bagi mengelakkan daripada membayar CHKT yang tidak berpatutan. Keuntungan dari hasil sewaan itu akan sentiasa bertambah ke dalam akaun bank anda, jika anda sentiasa memastikan penyewa tidak memberikan masalah kepada anda.

 

Kesimpulannya, anda perlu memastikan matlamat yang ingin anda capai seterusnya pelajari ilmu yang berkaitan dengan hartanah sepert konsep, strategi atau teknik yang dapat membantu anda dalam merealisasikan matlamat anda. Sementara anda masih muda, kumpul dan kawal perbelanjaan anda supaya dapat dibuat modal pelaburan hartanah dan tangguh dahulu segala kehendak anda. Berjimat cermat dalam berbelanja dahulu untuk kesenangan di kemudian hari. Tak kan anda mahu menyewa sampai ke tua dan tidak berkeinginan untuk memiliki rumah sendiri.