punca belum miliki rumah

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 57 peratus rakyat negara ini tidak mempunyai kediaman sendiri, sekali gus membuktikan masih ramai memerlukan kediaman tetapi berhadapan beberapa kekangan, demikian menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).
.
Berdasarkan kajian itu, kebanyakan yang masih tidak mempunyai kediaman adalah isi rumah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan, iaitu mewakili 43 peratus daripada mereka yang tidak mempunyai kediaman sendiri.
.
Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar, berkata isu itu berkemungkinan berpunca daripada kegagalan atau tidak mendapat margin pinjaman yang bersesuaian dengan prestasi kewangan mereka.
.
Katanya, daripada kaji selidik yang dijalankan terhadap 1,655 responden, golongan muda berusia 20 hingga 30 tahun adalah golongan paling ramai mempunyai keinginan untuk membeli kediaman.
.
“Kebanyakan mereka iaitu 49 peratus adalah golongan bujang. Ini sesuatu yang menarik perhatian kami kerana keinginan membeli rumah itu ada, tetapi terhalang disebabkan sukar memperoleh pinjaman. “Jika dulu ramai yang memilih jenis kediaman teres tetapi dalam kaji selidik ini, sebanyak 46 peratus lebih memilih untuk membeli kediaman apartmen atau kondominium,” katanya pada taklimat media Kaji selidik industri hartanah REHDA di sini, hari ini (semalam).
.
FD Iskandar berkata, semakin ramai pembeli semakin realistik dengan harga hartanah kini apabila 41 peratus responden memilih untuk membeli hartanah berharga RM300,000 hingga RM500,000.

Sumber: BHonline