Sebelum anda memilih untuk membeli rumah pastikan anda merancang untuk membahagikan kediaman anda kepada 3 ruang utama iaitu ruang social, ruang kerja dan ruang persendirian yang memberi pengertian yang berbeza dalam memastikan kehidupan anda selesa dan nyaman. Setiap ruang mempunyai fungsi dan jenis aktiviti yang beza kepada penghuninya. Oleh itu, pastikan anda memilih kediaman yang mempunyai 3 jenis ruang ini.

1- Ruang Sosial adalah ruang berfungsi sebagi tempat berehat, mengisi masa lapang, membaca, melayan tetamu, interaksi bersama ahli keluarga, dan menjamu selera. Ruang ini membantu penghuni rumah untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga. Ruang sosial adalah seperti bilik istirehat, ruang tamu dan bilik makan.

2- Ruang Kerja berfungsi untuk melakukan aktiviti atau kerja yang memerlukan tenaga fizikal seperti aktiviti penyediaan dan penyimpanan makanan, menyimpan barangan melakukan kerja pembersihan dan penyelenggaraan serta ruang meletak kereta. Contoh ruang kerja adalah dapur, stor simpanan dan garaj. Bagi mereka yang memilih untuk membeli rumah apartment atau kondominium ruang ini boleh disatukan sekali dengan ruang membasuh pakaian kerana jenis kediaman seperti ini mempunyai ruang yang sangat terhad kepada penghuni rumah.

3- Ruang Persendirian berfungsi sebagai tempat anda beristirehat, membersih dan mengemaskan diri, tempat menyimpan pakaian, aksesori dan kelengkapan diri. Ruang ini merupakan ruang peribadi anda sendiri. Ruang yang mengambarkan bagaimana personaliti anda. Contoh ruang ini ialah tandas, bilik mandi dan bilik tidur.

Oleh itu, pemilihan ruang sangat penting bagi memastikan anda tidak mempunyai masalah dalam menguruskan kehidupan harian anda.