Ejen Hartanah Bangi

Saya ingin berkongsi beberapa tips dalam membuat pilihan bagi mendapatkan rumah idaman melalui pembelian rumah Subsale. Istilah ‘Subsale’ lebih mudah dikenali sebagai ‘membeli rumah daripada tangan orang lain’.
Antara kelebihan rumah subsale adalah rumah telah siap sedia untuk diduduki, rumah dibeli sebagaimana keadaan yang dilihat, segala hutang-hutang berkaitan akan diselesaikan oleh pemilik lama, lokasi yang sedia ada strategik dan lain-lain.(akan diterangkan lebih detail dalam Bab lain).

Antara pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum membeli rumah Subsale adalah:

1. Mempunyai Deposit 10% daripada harga rumah.

Pengalaman saya dalam menjual rumah subsale adalah pembeli daripada golongan muda menghadapi masalah dalam penyediaan 10% deposit daripada harga rumah. Misalnya, rumah yang ingin dibeli adalah daripada jenis apartment bernilai RM200k. Pembeli mesti mempunyai RM20,000 (10% daripada RM200k) yang akan dibayar 3% semasa booking dan 7% semasa menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli. Pembayaran ini perlu diselesaikan dalam tempoh 14-21 hari bekerja.

Ada yang bertanya kenapa 10% daripada harga rumah?

Ini adalah kerana bank hanya memberikan Margin Of Finance (MOF) sebanyak 90% sahaja daripada harga rumah.

Selain daripada 10% deposit pembeli juga harus menyediakan wang bagi bayaran guaman. Anggaran bayaran guaman ini boleh dirujuk di http://www.elawyer.com.my/legal_calculator_info.php

2. Lihat keadaan rumah

Antara kelebihan membeli rumah subsale  berbanding rumah lelong adalah kita boleh meneliti segenap penjuru rumah sebelum meletakkan deposit. Perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti:

  • Rekahan (Crack) pada dinding.
  • Saluran perpaipan. Adakah terdapat kebocoran (Leaking).
  • Struktur bangunan dan Finishing. Harus berhati-hati sekiranya pemilik telah membuat pengubahsuaian. Perhatikan sambungan dinding, jenis material yang digunakan dsb.
  • Keadaan pintu terutamanya pintu bilik air. Selalunya pecah dibahagian bawahnya.
  • Pendawaian elektrik.

3. Perhatikan keadaan sekeliling rumah

Sebelum membuat keputusan, lawatilah atau pusing di kawasan sekeliling rumah yang ingin dibeli. Perhatikan:

  • Keadaan jiran bersebelahan rumah. Misalnya, adakah memelihara haiwan seperti anjing, ayam dsb. Perlu tahu bangsa dan agama jiran bersebelahan.
  • Keluasan jalan di hadapan rumah. Adakah sukar untuk parking kereta atau jiran mempunyai kereta yang banyak dan selalu menghalang laluan utama.
  • Keadaan kesesakan di kawasan perumahan. Datanglah pada waktu puncak dan waktu lengang untuk melihat keadaan sebenar kawasan tersebut. Datang juga pada waktu malam dan siang.
  • Lihat segala kemudahan yang ada. Pilihlah kawasan yang mempunyai kedai yang berhampiran, sekolah, pengangkutan awam dsb

~~~ bersambung di PART 2~~~

——————————————————————————————————————————————————————–

Sekiranya anda ingin menjual atau membeli rumah/ lot kedai/ tanah boleh hubungi saya Rosniza, 016-2125 909 (Perunding Hartanah Berdaftar). Saya adalah ejen hartanah di kawasan Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Kajang, Putrajaya, Serdang, Nilai, Semenyih, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Enstek, Kota Warisan, Kota Seriemas, Putrajaya, Cheras, Puchong, Kuala Lumpur, Sendayan, Seremban.