image

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Majlis Pecah Tanah Kemudahan Awam Ibrahim international Business District (IIBD) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di sini sebentar tadi.
.
Pembangunan kemudahan penting itu merangkumi jejantas bertingkat, jejantas pejalan dan ruang niaga serta tempat letak kereta (Persada Annexe) yang akan meningkatkan kemudahsampaian dan saling hubungan IIBD.
.
Kerja naik taraf infrastruktur awam di pusat bandar raya ini adalah sebahagian pelaksanaan Pelan Bersepadu Infrastruktur dalam Pelan Induk IIBD bagi kemudahan kenderaan dan pejalan kaki di samping menyediakan ruang niaga yang kondusif, selesa serta selamat.
.
Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, kemudahan itu perlu memandangkan IIBD bakal menjadi hab pelaburan baharu yang pesat berkembang di rantau ini.
.
“Ketiga-tiga komponen kemudahan rakyat itu iaitu jejantas bertingkat, jejantas pejalan kaki dan Persada Annexe mempunyai peranan untuk memastikan kemudahan dengan rangkaian yang terhubung.
.
“Ini bertujuan meningkatkan kesinambungan seterusnya mengukuhkan lagi pusat perniagaan dan hubungan masyarakat,” katanya.

Sumber: www.utusan.com.my